SELAMAT DATAI KE BLOG KAMIK

Saya mengalu-alu kehadiran tuan puan untuk melayari blog ini

Wednesday, April 21, 2010

PERKHIDMATAN PERCUMA DALAM INTERNET
“Tiada apa yang percuma dalam dunia ini”. Begitulah ungkapan yang biasa kita dengar.
Akan tetapi, dalam “dunia ICT”, perkara sebaliknya yang berlaku. Kini terdapat pelbagai
perkhidmatan yang boleh diperolehi secara percuma. Penulis meringkaskan perkhidmatanperkhidmatan
yang sesuai untuk pendidikan seperti dalam Jadual 1 di bawah.
Perkhidmatan Penerangan Contoh Penyedia
1.Enjin Carian Ia adalah peralatan untuk mencari
pelbagai maklumat dalam WWW
http://www.yahoo.com
http://www.lycos.com
http://www.cari.com
2.E-mel Membolehkan pengguna menghantar
teks, bunyi, imej dan video
http://www.hotmail.com
http://www.yahoo.com
3.Tapak Web Membolehkan pengguna menerbitkan
halaman web sendiri dalam internet
http://www.angelfire.com
http://www.tripod.com
http://www.yahoo.com
4. Bilik
Sembang
Membolehkan dua atau lebih pengguna
membuat perbualan secara langsung
melaui teks
http://www.friendfinder.com
5. Papan
Perbincangan
Membolehkan pengguna berbincang
sambil melukis ada papan maya
http://www.groupboard.com
6. Video
Internet
Membolehkan pengguna memapar
gambar video secara langsung
http://www.yahoo.com
8. Instant
Messaging
Membolehkan dua atau lebih pengguna
berkomunikasi dengan segera
http://www.yahoo.com
http://www.msn.com
http://web.icq.com
9. Perisian &
Servis
Pengguna boleh memindah turun
perisian dan mendapatkan khidmat
nasihat teknologi komputer dan lainlain
http://www.download.com
http://www.techtv.com
Jadual 1. Jenis-jenis perkhidmatan percuma dalam internet
Perkhidmatan percuma disediakan oleh syarikat-syarikat berkenaan untuk mewujudkan
komuniti yang bakal menjadi pelanggan mereka dan seterusnya akan membeli produk atau
perkhidmatan yang disediakan (Jacqueline, 1999). Ini adalah satu strategi bagi memajukan
lagi pendapatan mereka dalam bidang e-dagang. Bagi sesetengah syarikat, peningkatan
jumlah pengguna yang berdaftar akan menjadi ukuran kejayaan perkhidmatan pengiklanan
dalam Internet.
Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002
3
CONTOH PENGGUNAAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Melalui perkhidmatan percuma dalam internet, para pendidik boleh menerbitkan laman web
berkaitan sesuatu kursus dengan mudah. Mereka hanya perlu mendaftar sebagai ahli di tapak
web tertentu misalnya di http://www.angelfire.com. Pengguna yang berdaftar kemudiannya
akan diberikan tapak web percuma bersaiz 20 MB. Rajah 1 di bawah menunjukkan halaman
utama yang dibina dan diterbitkan oleh penulis untuk kegunaan pelajar kursus Interaksi
Manusia Komputer. Di dalam halaman ini, penulis meletakkan maklumat akademik seperti
sinopsis kursus, nota, tugasan, projek dan hebahan pengumuman kepada pelajar. Pelajar juga
boleh menghubungi atau membuat pertanyaan kepada pensyarah melalui laman web ini.
(a)
(b)
Rajah 1: (a) Penerbitan laman web berunsur pendidikan secara percuma,
dan (b) maklum balas dari pelajar
Angelfire.com juga menyediakan kemudahan yang dipanggil htmlGEAR. Dengan kemudahan
ini, pembangun boleh menambah pelbagai unsur dinamik dalam laman web mereka tanpa
perlu mengetahui aspek pengaturcaraan web. Contohnya alatan untuk buku tetamu, bancian
pendapat dan sebagainya.
Untuk perhubungan antara para pelajar dan pendidik, kemudahan seperti e-mel, Instant
Messaging, video dan voice chat boleh digunakan. Penyedia terbaik yang menyediakan
kesemua perkhidmatan ini ialah syarikat Yahoo.com. Menerusi pakej percumanya sesiapa
sahaja boleh mendapatkan kemudahan-kemudahan seperti yang disebutkan tadi tanpa
mengira lokasi geografi mereka. Rajah 2 menunjukkan alatan Instant Messenger dan
penyiaran (broadcast) video secara lansung melalui aplikasi MyWebcam yang digunakan
oleh penulis untuk berhubung dengan pelajar praktikum dan rakan sekerja. Antara kelebihan
alatan ini ialah, anda juga boleh menghantar mesej pendek (SMS) kepada pengguna telefon
bimbit.
Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002
4
(a) Yahoo Messenger
(b) My Webcam
Rajah 2: Komunikasi melalui Yahoo! Messenger dan My Webcam.
Dalam bidang pendidikan bahasa, terdapat perisian percuma yang berguna untuk subjek
Bahasa Inggeris. Kesemuanya boleh diperolehi dengan cara pindah turun. Contohnya perisian
untuk belajar menyebut (pronunciation) perkataan Inggeris boleh diperolehi dari
http://www.readplease.com dan http://www.haptek.com. Rajah 3 menunjukkan antaramuka
perisian ReadPlease2000 dan Virtual Friend. Kedua -dua perisian ini akan menyebutkan apaapa
perkataan yang ditaip oleh pengguna. Ia juga berfungsi sebagai pembaca sesuatu
dokumen. Pengguna hanya perlu mendengar ungkapan yang akan disebutkan satu demi satu
oleh sistem ini.
(a)
(b)
Rajah 3: (a) Perisian ReadPlease 2000 dan (b) Perisan Virtual Friend
KEKUATAN DAN KELEMAHAN
Kebaikan penggunaan perkhidmatan percuma dalam internet ialah ia menjimatkan kos
pengguna di samping ia menjadi sumber rujukan yang kaya. Misalnya untuk menerbitkan
halaman web menggunakan pelayan web sendiri memerlukan belanja berpuluh ribu ringgit
Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002
5
bagi menyediakan perisian dan perkakasan serta penyenggaraannya. Akan tetapi, penerbitan
halaman web dengan menggunakan tapak web yang sedia ada adalah percuma sama sekali.
Pengguna tidak perlu menyeggara perkakasan dan perisian pelayan. Mutu perkhidmatan
syarikat penyedia kemudahan-kemudahan ini biasanya sangat baik. Ini adalah kerana mereka
telah bersedia dengan prasarana yang lengkap untuk keperluan pengguna seluruh dunia.
Kelemahan utama perkhidmatan percuma ialah ia dipengaruhi oleh iklan. Kebiasaannya
penyedia perkhidmatan ini akan meletakkan iklan dalam sebahagian halaman pengguna.
Kapasiti yang diberikan secara percuma kebiasaannya adalah kecil. Misalnya saiz maksimum
perkhidmatan e-mel percuma dari Yahoo.com hanyalah 6MB sahaja. Jadi ia tidak dapat
menampung mesej yang banyak. Saiz untuk tapak web pula hanya sebanyak 20MB. Dari segi
keselamatan juga boleh diragui. Akaun pengguna boleh dicapai oleh syarikat penyedia
perkhidmatan tanpa disedari.
KESIMPULAN
Sumber percuma dalam Internet dan WWW sememangnya merupakan produk dan
perkhidmatan yang menguntungkan pengguna. Ia boleh digunakan untuk tujuan epembelajaran
dan juga dalam bidang-bidang lain.
Segala kemudaha n telah ada di depan mata pengguna. Apa yang perlu dilakukan oleh para
guru atau pendidik sekarang ialah mempelajari cara menggunakan sumber-sumber berkenaan
untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Sumber dipetik daripada:

2 comments:

  1. Pengetahuan yang sangat berguna untuk pengguna ICT sekarang

    ReplyDelete
  2. As claimed by Stanford Medical, It is really the ONLY reason this country's women get to live 10 years more and weigh an average of 42 pounds less than we do.

    (And by the way, it is not about genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING to do with "how" they eat.)

    P.S, What I said is "HOW", not "what"...

    CLICK on this link to discover if this easy questionnaire can help you release your real weight loss possibility

    ReplyDelete