SELAMAT DATAI KE BLOG KAMIK

Saya mengalu-alu kehadiran tuan puan untuk melayari blog ini

Sunday, March 14, 2010

Maklumat Umum Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan terletak 80 km dari bandar Jerantut.SK Kuala Tahan merupakan sekolah kategori luar bandar.SK Kuala Tahan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut.SK kuala Tahan boleh dihubungi dengan bandar terhampir melalui jalan darat yang bermula dari Simpang Felda Padang piol dan jalan air melalui jeti Kuala Tembeling.
SK Kuala Tahan terletak di Mukim Tembeling Tengah. Kedudukannya berhampiran
dengan Sungai Tembeling. SK Kuala Tahan juga berhadapan dengan kawasan perlancongan
yang terkenal iaitu Taman Negara.Lebih daripada 50 % penjaga kepada pelajar SK Kuala Tahan terlibat dalam sektor perlancongan.Sektor perlancongan merupakan nadi kepada ekonomi Kuala Tahan. Terdapat banyak hotel dan chaletdibina untuk memenuhi permintaan sektor pelancong

Kuala Tahan merupakan tempat persinggahan pelawat dari serata dunia yang ingin menikmati keindahan Taman Negara di mana terletak sebuah sekolah yang dinamakan
Sekolah Kebangsaan Kuala tahan. Sekolah ini dibuka pada 9 rebruari 1960 dengan sebuah
bangunan yang mempunyai 2 buah bilik darjah.Permulaannya dibuka, sekolah ini hanya
mempunyai seramai 30 orang murid sahaja. Pada 29 Oktober 1969, Menteri Pelajaran pada
ketika itu, Encik Khair Johari telah merasmikan pembukaan sekolah ini.Kini sekolah
ini mempunyai dua buah blok bangunan baru setinggi 3 tingkat setiap satunya.
Di mana bangunan ini telahdibekalkan pelbagai kemudahan asas terkini serta ruang
pembelajaran yang lebih selesa dan terkini yangsetanding dengan sekolah-sekolah di Bandar.

No comments:

Post a Comment