SELAMAT DATAI KE BLOG KAMIK

Saya mengalu-alu kehadiran tuan puan untuk melayari blog ini

Sunday, March 14, 2010

Ceramah Motivasi Kekeluargaan - Ustaz Rujhan




Tarikh :
20 Feb 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 - 10.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Ceramah kekeluargaan anjuran PIBG SK Kuala Tahan telah berjaya diadakan sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27. Pihak PIBG telah mengundang penceramah yang begitu mendapat perhatian dewasa in iaitu Ustaz Hj Rujhan b Hj Razali. Ceramah beliau berkaitan dengan tajuk kekeluargaan iaitu sayangkan anak tangan-tangankan. Antara intipati ceramah beliau , kita mestilah memcari rezeki yang halal , menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran di samping luangkan masa untuk anak-anak.
Di samping itu , untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang , ibu bapa perlulah cemerlang. Hubungan sesama keluarga , jiran dan masyarakat perlulah dititikberatkan . Kita perlu sensitif dan cakna kepada persekitaran. Anak orang anak kita. Kita perlu menjaga tepi kain kita dan orang kerana mana-mana kekurangan dapat ditampung oleh masyarakat.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada ibu bapa dan masyarakat. Masa yang diberikan terasa singkat dengan ceramah yang menarik dengan penggunaan alatan media.

1 comment:

  1. Tuan... harap sgt untuk mendapatkan no. contact Ustaz Rujhan. Please emel to me at mnisyurman_md@yahoo.com. TQ. Satu lagi, Ustaz Rahim Mohamad kirim salam kat Tuan (if u still remember him). Dia minta no telefon tuan.

    ReplyDelete